Tuesday, May 17, 2011

Aduhai umat Islam pilihla dengan bijak bila makan diluar

Assalamualaikum warga blogger, semoga sentiasa mendapat keredhaan dar ALLAH. Lately ni, macam makanan yg berkaitan dengan ba alif ba ya....sebagai warga yang prihatin(cewah), aduhai umat islam berhati2 dalam memilih makanan..pastikan makanan kita halal.kalu lebih afdal belilah makanan dari orang yang beragama islam...at least biarla yang diiktiraf JAKIM. Namun begitu, saya rasa kita masih lagi perlu berhati2 dalam memilih makanan jangan main ambil je...ingat kalau nak makan biarlah dari sumbaer yang halal. Pastikan makanan yang kita pilih terutama yang melibatkan daging ni dari sumber yang halal dan dipercayai...nak jalan lebih selamat beli dengan orang Islam...Insyallah terjamin kebersihan dan dan disembelih dengan cara yang dituntut dengan agama kita. Selain itu, kita serahkan pada yang Maha Berkuasa.

Bagi yang berminat makan diluar, tu berhati2 jgn tgk pekerja dibahagian luar Melayu/Warga luar yang pakai Tudung je  kita ingat ok. Tanya dieorang siapa yang memasak. Saya sendiri pernah bekerja di sebuah restoran yang pekerja di bahagian hadapan 100% Melayu namun dibahagian dapur hampir 100% bukan Islam. Masa tu saya muda lagi, dan pekerja di bahagian dapur kebanyakkan bukan orang Malaysia. Namun dari tingkahlaku mereka memang nampak memahami budaya kita....sehinggalah..satu malam kami telah menangkap salah seorang dari mereka sedang menggoreng biawak untuk dijadikan minyak(menurut mereka) dengan menggunakan perkakas yang sama. Malah ada diantara mereka juga pernah ditangkap kerana menggoreng ba alif ba ya dengan menggunakan perkakas yang sama. So korang fikir2 la sendiri. Sesetengah dari dieorang memahami kita tak boleh makan, namun begitu mungkin dieorang tidak berapa faham tentang isu bersentuhan, samak dll...yang dieorang tahu tak boleh makan. Jadi kita sebagai orang islam ni kenalah bijak sendiri.

Malah saya sendiri terkejut apabila pernah mengikut katering(tempat saya bekerja) di sebuah majlis, walaupun pengajur mengasingkan ba alif ba ya(bukan dari katering saya) di bilik yang lain(itu pun sy tahu apabila sy bertanya pd dieorang) tapi menggunakan pinggan mangkuk yg sama dan sudah bercampur campur. Terkejut saya dan rakan2 yang bersama saya dan kami meninggalkan majlis itu sebelum majlis habis. Jadi korang fikir2 la, apa yang saya nyatakan disini bukan untuk berniat menyalahkan sesiapa, tetapi sebagai umat Islam di negara yang aman makmur ini kita diberi kebebasan untuk memilih. Jadi, jadilah umat Islam yang bijak dan pengguna yang bijak.

Kat sini aku ada jumpa blog yang senaraikan makanan tidak halal http://produkhalal.wordpress.com/2007/09/08/list-of-non-halal/ banyak lagi blog2 yg senaraikan tak halal ni...rajin2kan lah diri..he he he

Saturday, March 5, 2011

Jaga lah peribadi kalau makan diluar...kenape eekkk???

Hari ni sy nak share satu benda yg sesetgh mungkin dah tahu. Selepas saya habis belajar, saya pernah bekerja di sebuah tempat makan yang agak popular di tempat saya. Bukan tempat makan biasa2 je, kira macam kelab la ada banyak fasiliti kat situ. Tapi yang nak citer ni bukan pasal tempat makan tersebut, tetapi pasal rakan2 seangkatan yang kerja bersama saya disana. Masa tu saya muda lagi jadi agak baru dalam dunia F&B ni.

Semasa saya bekerja disana, pelbagai ragam manusia saya jumpa. ada yang baik, cerewet dan kadang2 terlalu sangat cerewet bila makan di luar. Namun yang buat saya terkejut ada segelintir (x semua ya!!) rakan sekerja saya yang suka membuat sesuatu ke dalam makanan/minuman pelanggan yang cerewet atau banyak karenah...ada yang meludah, ada yang meletak penambah perasa yang banyak dan macam2 lagi. Terkejut saya melihat tingkah laku senior yang bekerja disitu. Pada mulanya saya tak tahu, tapi bila nampak sendiri saya betul2 terkejut tapi tidak berani nak menegurnya kerana saya amat baru di situ dan masih tidak tahu apa2. Lagi pulak, ramai pekerja2 disitu yang melihatnya pun tidak berani menegurnya.

Perbuatan itu sering dilakukan kepada pelanggan yang benar2 cerewet. Saya memang tidak bersetuju langsung dengan tindakan dia. tak lama kemudian dia diberhentikan kerja. Namun begitu apa yang saya nak tekankan di sini, kalau makan diluar jangan lah terlalu cerewet. Bila anda membuat komplen pasal makanan atau tidak berpuas ati tu, janganlah terlalu kasar kepada pelayan...dieorang pun ada perasaan jugak. Tak salahkan kalau cakap dengan baik. melalui pemerhatian saya, kebanyakkan pelanggan (x semua yekk) kadang2 agak kasar bila cakap dengan pelayan bila ada kesilapan yang berlaku...janganlah sekali2 memandang rendah kepada mereka. Sebabnya pekerjaan itu halal. Tak salah kalau saling hormat menghormati. Macam2 ragam yang saya temui, ada sesetengah customer tu bila makan nak semua peralatan baru termasuklah kuali sudip mangkuk yang digunakan sebab tak nak bercampur dengan orang lain...tak logik kan. Cerewet boleh tapi sikit2la....jangan la terlalu cerewet sehingga menyusahkan orang lain.

kat sini saya sarankan apa yang tak patut korang buat bila makan diluar:
1.  janganlah panggil pelayan gunakan nama oii atau bersiul...itu kebiasaan yang saya nampak...panggillah kakak ke, adik ke, kan manis.

2. jangan la terlalu cerewet, kalu nak cerewet boleh tapi mintak la dengan baik...dan tanya adakah itu boleh disediakan...sebab kadang2 permintaan sesetangah tak masuk akal jugak...

3. bercakap la dengan nada yang sopan bukan menengking2 macam lah dieorang ni lekeh sangat...x salahkan memberikan senyuman...kalau korang datang lagi, confirm dieorang akan layan korang dengan baik...biasanya memang pelayan akan ingat korang w/pun sekali datang.

4. setelah saya melihat tingkah laku yang buruk oleh rakan sekerja saya, bila makan diluar saya akan komplain sekali je, kalau kali ke2 makanan yang dieorang adjust tetap k.o, saya takkan mintak dieorang tukar lagi sebab takut kene xxxx.

5. Ucapkanlah terima kasih bila dieorang hantar makanan, x pun senyum ke atau at least tengok muka dieorg. Ada sesetgh tu tgk muka pelayan pun tak, bila order x nak pelayan repeat order...malas nak dengar. Bila silap ...pelayan jugak salah. Kesian dieorang kene bayar tau...dahla gaji ciput.

Itulah jelah...x salahkan kalau korang berbudi bahasa...x kiralah siapa kita, besar mana pun pangkat kita...tapi budi bahasa tu penting...bukan pada pelayan saja...tapi pada pemungut sampah, pencuci bangunan dll. Sebab kalau takde dieorang siapa yang nak membantu kita ye tak. kalau kita nak orang hormat kita, kita pun kenelah hormat orang jugak...mulakan dengan diri kita sendiri. Apapun yang saya cakap ni tak kepada semua....sesetangah orang saja yang suka melakukannya. Hormatilah orang lain walaupun sekecilmanapun pekerjaan mereka bagi kamu....Chaiyoo chaiyoo

Thursday, March 3, 2011

Kenapa Ulat Gendon???

Assalammualaikum...untuk semua...kenapa aku pilih ulat gendon eekk?? sebabnye masa aku kecik2 dulu, aku ni ya amat lah cergasnye....jenis tak reti diam. Masa aku kat sekolah tadika, cikgu tadika tu sering cakap aku ni macam ulat gendon. Tau apa tu ulat gendon...ulat yg warna putih melentik2 selalu ada kat buah nangka. So, bila aku balik umah aku bagi tau kat mak aku...konon2 nak mengadu..jadinya mak aku gelak2 dan sampai sekarang la mak aku sering ckp aku macam ulat gendon.

Walau apa pun, aku x kisah. Lagipun cikgu tadika tu baik sangat tu pasal aku boleh ingat nama dia, Cikgu Zaleha. Selalu naik pasola merah. Sebab apa aku ingat die bawak motor apa, sebab dia la selalu tolong hantar aku balik bila bapak aku lupa nak amik aku. He he he bapak aku masa dulu2 memang selalu lupa amik aku balik sekolah, dari tadika sampai ke sekolah rendah. Kadang2 sampai kul 7 petang..sudahnya aku jalan kaki..punya le jauh..sambil jalan sambil menangis. Mungkin masa tu bapak aku tengah pening pikirkan nak cari duit untuk aku adik beradik sekolah. Tu sebab die kerap lupa.Yelah aku pun bukan dari keluarga yang senang. Anyway, Terima Kasih Abah!!!