Tuesday, May 17, 2011

Aduhai umat Islam pilihla dengan bijak bila makan diluar

Assalamualaikum warga blogger, semoga sentiasa mendapat keredhaan dar ALLAH. Lately ni, macam makanan yg berkaitan dengan ba alif ba ya....sebagai warga yang prihatin(cewah), aduhai umat islam berhati2 dalam memilih makanan..pastikan makanan kita halal.kalu lebih afdal belilah makanan dari orang yang beragama islam...at least biarla yang diiktiraf JAKIM. Namun begitu, saya rasa kita masih lagi perlu berhati2 dalam memilih makanan jangan main ambil je...ingat kalau nak makan biarlah dari sumbaer yang halal. Pastikan makanan yang kita pilih terutama yang melibatkan daging ni dari sumber yang halal dan dipercayai...nak jalan lebih selamat beli dengan orang Islam...Insyallah terjamin kebersihan dan dan disembelih dengan cara yang dituntut dengan agama kita. Selain itu, kita serahkan pada yang Maha Berkuasa.

Bagi yang berminat makan diluar, tu berhati2 jgn tgk pekerja dibahagian luar Melayu/Warga luar yang pakai Tudung je  kita ingat ok. Tanya dieorang siapa yang memasak. Saya sendiri pernah bekerja di sebuah restoran yang pekerja di bahagian hadapan 100% Melayu namun dibahagian dapur hampir 100% bukan Islam. Masa tu saya muda lagi, dan pekerja di bahagian dapur kebanyakkan bukan orang Malaysia. Namun dari tingkahlaku mereka memang nampak memahami budaya kita....sehinggalah..satu malam kami telah menangkap salah seorang dari mereka sedang menggoreng biawak untuk dijadikan minyak(menurut mereka) dengan menggunakan perkakas yang sama. Malah ada diantara mereka juga pernah ditangkap kerana menggoreng ba alif ba ya dengan menggunakan perkakas yang sama. So korang fikir2 la sendiri. Sesetengah dari dieorang memahami kita tak boleh makan, namun begitu mungkin dieorang tidak berapa faham tentang isu bersentuhan, samak dll...yang dieorang tahu tak boleh makan. Jadi kita sebagai orang islam ni kenalah bijak sendiri.

Malah saya sendiri terkejut apabila pernah mengikut katering(tempat saya bekerja) di sebuah majlis, walaupun pengajur mengasingkan ba alif ba ya(bukan dari katering saya) di bilik yang lain(itu pun sy tahu apabila sy bertanya pd dieorang) tapi menggunakan pinggan mangkuk yg sama dan sudah bercampur campur. Terkejut saya dan rakan2 yang bersama saya dan kami meninggalkan majlis itu sebelum majlis habis. Jadi korang fikir2 la, apa yang saya nyatakan disini bukan untuk berniat menyalahkan sesiapa, tetapi sebagai umat Islam di negara yang aman makmur ini kita diberi kebebasan untuk memilih. Jadi, jadilah umat Islam yang bijak dan pengguna yang bijak.

Kat sini aku ada jumpa blog yang senaraikan makanan tidak halal http://produkhalal.wordpress.com/2007/09/08/list-of-non-halal/ banyak lagi blog2 yg senaraikan tak halal ni...rajin2kan lah diri..he he he

No comments:

Post a Comment